PELAKON Nora Danish akui masih lagi aktif dalam lakonan namun memperlahankan kerjaya demi anaknya yang masih kecil, Mohamed Neqayl Nedim (Ney Ney).

Menurut Nora, dia tidak sanggup meninggalkan anak lelakinya itu untuk jangka masa panjang memandangkan Ney Ney masih lagi memerlukan perhatiannya.

“Sebab saya ada anak kecil jadi saya limitkan kerja, mungkin dalam setahun mungkin ada dua tiga siri yang saya akan buat begitu juga dengan filem.

“Saya masih lagi aktif cuma tidak terlalu kerap seperti dahulu. Suami saya juga seorang yang sangat supportive dan tidak menghalang kerjaya seni saya.

“Kerana bila bekerja kita akan terikat dengan komitmen dan penggambaran juga mengambil masa yang panjang.

“Bila balik dia dah tidur dan bila kita bangun pagi pun dia masih tidur lagi. Cuma saya lah naluri sebagai seorang ibu, tak sanggup nak tinggal anak lama-lama cepat rindu.

“Keluar lama-lama pun dah rindu, mula terfikir apa yang dia buat di rumah. Ney Ney masih kecil jadi dia sangat manja, memang melekat sahaja itu yang tak sampai hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nora juga menyatakan dia tidak akan sekali-kali membawa anaknya ke tempat kerja.

“Tak pernah bawa dan tak akan pernah bawa Ney Ney pergi lokasi penggambaran sebab saya tahu itu akan menganggu kerja.

“Sebab bila bawa budak kecil kita tidak boleh agak ragamnya bagaimana, mana tahu dia menangis?

“Nanti tidak fasal-fasal kacau pula mood untuk berlakon. Jadi saya rasa lebih baik sekiranya tak perlu bawa,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Nora merupakan juri tetap untuk program Muzikal Lawak Superstar bersama Datuk Awie dan Altimet.

Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran selama 10 minggu setiap Jumaat bermula 28 Jun ini.

Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam.

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja).

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati siara langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100).

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.