Tak sangka impian awak tercapai - Elfira Loy

Asyraf Roslan
Januari 15, 2019 07:51 MYT
Elfira Loy merupakan gadis idaman Faris Anuar lima tahun lalu kini sah menjadi isteri - FotoInstagram/@Fariskanuar
BERSEMUTNYA!
Itulah yang boleh digambarkan daripada gambar yang dimuat naik oleh Faris Anuar bersama isteri tercinta, Elfira Loy di laman instagramnya.
Namun apa yang mencuit hati netizen, komen yang telah ditinggalkan oleh Elfira Loy di laman Instagram suaminya itu.
“Tak sangka impian awak tercapai, memang betul-betul jodohlah. Kirim salam dekat Elfira, saya minat dia dari zaman Qalesya lagi. Jaga dia baik-baik, saya dengar dia notty sikit,” komen pelakon genit itu di Instagram.
@hazcks: Lagi-lagi comel laaa korang berdua! Fav couple lah @fariskanuar @elfiraloy . Asyik tengok new feeds korang je alaaaaa sampai tkboleh nak buat benda lain.
@Dayangrozalina eeeeeee so so so sweettttttttt!!! jaga Elfira baik2 ye En. Faris.. cintai dia sepenuh hati..#elfaris #happytilljannahinsyaallah
Penyampai radio ERA, Hani Fadzli pernah mendedahkan bahawa Elfira merupakan menjadi gadis idaman Faris Anuar sejak lima tahun lalu.
Elfira Loy selamat diijabkabulkan bersama Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Majlis itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat pasangan itu.
#Elfira Loy #Faris Khairol Anuar #hiburan #Instagram #Qalesya #Tentang Bulan