Tamat zaman bujang, vokalis kugiran Masdo selamat bernikah

Gempak
Ogos 10, 2019 07:24 MYT
Ali bersama isterinya, Natasha Nur Ain bergambar bersama ahli Kugiran Masdo yang lain di atas pelamin. - Foto: Instagram @kugiranmasdo & @_asmawi
TIADA angin tiada ribut, vokalis band Kugiran Masdo, Ali Sariah dikhabarkan telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz.
Berita tersebut dikongsi oleh pentadbir akaun media sosial dengan memuat naik foto pernikahan.
Menerusi entri tersebut, Ali bersama isterinya, Natasha Nur Ain bergambar bersama ahli Kugiran Masdo yang lain di atas pelamin.
Ruangan komen foto itu dihujani dengan ucapan tahniah yang dikirimkan oleh peminat setia Kugiran Masdo.
Menerusi carian Gempak di laman Instagram, Ali dipercayai melangsungkan pernikahan dengan Natasha yang berasal dari Johor.
Majlis akad nikah diadakan pada Jumaat pagi (8 Ogos) manakala majlis resepsi pula berlangsung pada sebelah malam.
Tahniah diucapkan untuk Ali dan isteri. Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke syurga!
#Ali Sariah #berkahwin #bernikah #Kugiran Masdo #media sosial #Natasha Nur Ain #penyanyo kumpulan Masdo