awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung
[TERKINI] Muhammad Hafizuddeain pilih bersara awal, jawatan PAT masih kosong
Tabika, Taska Perpaduan terima peruntukan RM55.5 juta tahun 2026 - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”

Gempak
Gempak
12/01/2026
04:20 MYT
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Kamal Adli dan Uqasha Senrose hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding hakam melibatkan rumah tangga mereka, pada Isnin.
PELAKON Kamal Adli kelihatan sugul ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding hakam melibatkan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose, hari ini.
Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Adli, 40, mengakui, sukar untuk mengulas lanjut mengenai prosiding berkenaan dan hanya mampu menyerahkan segalanya kepada keputusan mahkamah.
“Saya tak tahu nak cakap apa, susah sikit nak cakap prosiding ini dah hujung-hujung. Kalau tiada jodoh Wallahu’alam.
“Saya dah cuba pertahankan dari awal lagi, tunggu keputusan sahaja kejap lagi. Saya pun tak tahu nak cakap,” katanya.
Sementara itu, Uqasha Senrose memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai prosiding berkenaan.
“Doakan yang baik-baik,” katanya.
Peguam Syarie yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian menjelaskan, prosiding hari ini memasuki tahap kedua dalam proses penyelesaian kes.
“Ini tahap yang kedua iaitu hakam keluarga. Hari ini akan ada lantikan keluarga, kemudian kita akan tengok sama ada akan diteruskan dengan prosiding timbang tara hakam atau bagaimana,” katanya.
Pada prosiding hari ini, Kamal dan Uqasha hadir bagi menjalani prosiding hakam islah susulan wujud pertikaian apabila Kamal enggan menceraikan isterinya selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai persetujuan.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan. - Gempak
Topic Berkaitan
#kes cerai
#Kamal Adli
#Uqasha Senrose
#kes cerai Kamal Adli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan