HIBURAN
Tarikh tayangan 23 Julai, Thariq Ridzuwan: His Treasure ditunda
BamBam Studio mengumumkan Thariq Ridzuwan: His Tresure akan ditunda buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
DALAM satu hantaran di Instagram sebentar tadi, produksi BamBam Studio mengumumkan Thariq Ridzuwan: His Tresure akan ditunda buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Drama arahan Eyra Rahman tersebut dibintangi Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi.
Lebih istimewa, ia turut menampilkan ALPHA, kumpulan lelaki pertama Astro, menerusi runut bunyi rasmi bertajuk ‘P. Ramlee dan Saloma’ dan juga Hael Husaini yang bertajuk ‘Alangkah’.
Dengarnya pelbagai drama juga telah muncul sebelum drama ditayangkan. Apa cerita sebenarnya?
Sinopsis Thariq Ridzuwan: His Tresure
Thariq, seorang ejen elit sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri.
Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.
Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka.
Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.