Tasha Shila bertunang esok

Asyraf Roslan
Februari 22, 2020 07:07 MYT
Tasha Shila dan tunangnya akan melangsungkan pernikahan pada 28 Februari ini di Masjid Wilayah. - Gambar Instagram Tasha Shila
FEBRUARI 2020 sepertinya menjadi bulan pilihan ramai pasangan yang memilih untuk menoktahkan ikatan hubungan cinta mereka.
Antara yang memilih bulan ini untuk menamatkan zaman bujang mereka ialah pelakon wanita terkenal,
Emma Maembong yang bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Aktor terkenal, Aiman Hakim Redza juga memilih tarikh yang sama dengan Emma iaitu pada 20 Februari lalu menikahi kekasihnya, Zahirah Macwilson.
Selain sudah tertulis jodoh mereka, barangkali, selebriti seperti Emma dan Aiman juga terpikat dengan tarikh berkenaan yang cukup unik dan mudah untuk diingati.
Terbaharu, Astro AWANI difahamkan, pelakon cantik dan seksi, Tasha Shila dikhabarkan akan mengikat tali pertunangan bersama dengan lelaki pilihanya pada esok (23 Februari).
Sumber memaklumkan, majlis pertunangan aktres berkenaan akan diadakan di Empire Damansara secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Menurut sumber lagi, Tasha Shila dan tunangnya yang enggan didedahkan identitinya akan melangsungkan pernikahan pada 28 Februari ini di Masjid Wilayah selain majlis resepsi di Zebra Square KL.
#2020 #Bertunang #perkahwinan #Tasha Shila