HIBURAN
Tayangan filem Jana Nayagan dijadualkan esok ditangguh
Jana Nayagan mencipta sejarah di Malaysia apabila merekodkan lebih 200,000 tiket terjual dalam tempoh 24 jam. - Foto GSC
KUALA LUMPUR: Filem Jana Nayagan yang dijadualkan untuk tayangan khas di negara ini esok ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengedar filem Malik Streams Corporation berkata penangguhan filem lakonan Vijay, aktor popular India Selatan yang kini bergelar ahli politik itu disebabkan oleh keadaan di luar jangka dan tarikh baharu akan diumumkan sebaik sahaja isu berkaitan selesai.
"Dalam pada itu, kami dengan rendah hati memohon semua peminat dan penyokong agar terus bersabar dan berfikiran positif serta tidak menyebarkan atau terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak disahkan atau mengelirukan daripada sumber tidak rasmi," menurut kenyataan itu.
Di sebalik penangguhan itu, Jana Nayagan mencipta sejarah di negara ini apabila merekodkan lebih 200,000 tiket terjual dalam tempoh 24 jam, sekali gus menjadikannya antara filem dengan jualan pratayangan terpantas di negara ini.
Vijay, 51, yang lebih dikenali sebagai "Thalapathy" (komander) dalam kalangan peminatnya, berada di Malaysia baru-baru ini bagi menghadiri pelancaran audio filem tersebut yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Dis lalu.
Jana Nayagan diuar-uarkan sebagai filem terakhir lakonan Vijay sebelum beliau beralih sepenuhnya ke dunia politik. Pelakon itu telah melancarkan parti politiknya Tamilaga Vettri Kazhagam serta dinamakan sebagai calon rasmi parti untuk jawatan ketua menteri bagi pilihan raya umum negeri Tamil Nadu yang dijadualkan tahun ini.
-- BERNAMA