Tayangan semula Avengers: Endgame masih gagal tandingi Avatars

Agensi
Julai 3, 2019 01:11 MYT
Avengers: Endgame masih kekurangan AS$27 juta untuk menyamai rekod yang dipegang Avatar.
HUJUNG minggu lalu, Marvel dan Disney menayangkan kembali Avengers: Endgame dengan lebih 6 minit rakaman tambahan dalam usaha untuk melepasi filem blockbuster arahan James Cameron, Avatar, yang merupakan filem terlaris dalam sejarah.
Untuk tayangan semula itu, ia memperoleh kutipan AS$7.8 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipannya AS$2.76 bilion (RM11.4 bilion).
Namun Avengers: Endgame masih kekurangan AS$27 juta, sekaligus gagal mencapai misinya untuk mengatasi Avatar, yang memperoleh kutipan keseluruhan sebanyak AS$2.78 bilion (RM11.5 bilion).
Pemerhati berpendapat adalah mustahil untuk Endgame memperoleh AS$27 juta lagi dalam masa terdekat.
Portal Deadline melaporkan, punca Endgame tidak dapat mengatasi Avatar adalah kerana prestasi buruk dalam pasaran besar di luar Amerika Syarikat.
Namun peminat masih mengharapkan keajaiban, khususnya dengan tayangan Spider-Man: Far From Home, yang diharap dapat mempengaruhi penonton kembali menonton Endgame.
#Avatar #Avengers Endgame #Disney #filem #James Cameron #kutipan #Marvel