awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
EPL: Liverpool cicir mata diikat kelab kedua tercorot
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taylor Swift jadi pilihan Forbes bagi 'The World's 100 Most Powerful Women'

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
27/05/2015
11:08 MYT
Taylor Swift jadi pilihan Forbes bagi 'The World's 100 Most Powerful Women'
Penyanyi dan penulis lagu yang berusia 25 tahun itu telah disenaraikan dalam senarai Forbes 'The World's 100 Most Powerful Women' bagi tahun 2015.
Taylor Swift kini memegang rekod baru selain memenangi 8 anugerah di Anugerah Muzik Billborad 2015.
Penyanyi dan penulis lagu yang berusia 25 tahun itu telah disenaraikan dalam senarai Forbes 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, bagi tahun 2015.
Dengan memegang tempat ke -64, Taylor kini menjadi wanita paling muda tersenarai dalam senarai Forbes yang dikeluarkan pada Selasa.
Menurut Forbes, Taylor Swift bukan sahaja memecah rekod jualan album muzik dan menawan mata dunia dengan lirik lagu yang menarik, tetapi penyanyi itu juga telah membuktikan dirinya sebagai ahli perniagaan yang hebat.
Malah, penyanyi cantik itu juga merupakan salah satu selebriti yang paling diikuti di Twitter dengan 58 juta pengikut.
Keluaran album Taylor yang berjudul ‘1989’ merupakan keluaran ketiga berturut - turut yang dijual sebanyak satu million unit dalam masa seminggu.
Forbes juga menyatakan bahawa Taylor Swift telah mengupah perspektif sifat selebriti dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan peminatnya di media sosial dan kerap berinterasi dengan mereka.
Forbes semalam mengumumkan ulang tahun ke-12 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, dengan Canselor Jerman, Angela Merkel mendahului senarai tahun ini bagi tahun kelima berturut-turut.
Beliau diikuti calon Presiden, Hillary Clinton dan Pengasas Bill & Melinda Gates Foundation, Melinda Gates.
Turut tersenarai, Michelle Obama, Oprah Winfrey, Queen Elizabeth II, Bonnie Hammer dan Beyonce Knowles.
Topic Berkaitan
#2015
#Forbes
#Powerful Women
#Taylor Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan