HIBURAN
Teater muzikal Paduka Cik Siti tampil elemen spektakular - Che Kem
Teater muzikal Paduka Cik Siti mengangkat kisah ketokohan dan keberanian seorang raja wanita Melayu dalam menghadapi tekanan sosial, politik serta konflik cinta pada zamannya.
KUALA LUMPUR : Pementasan teater muzikal Paduka Cik Siti bakal menampilkan penggunaan maksimum teknologi kreatif bagi menghasilkan sebuah persembahan yang lebih menakjubkan serta memukau penonton.
Menurut Pengarahnya, Kamaruzzaman Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem, kisah Cik Siti Wan Kembang bukan sekadar menonjolkan keberanian dan kewibawaan seorang raja wanita Melayu, malah turut mengangkat unsur mitos dan legenda yang perlu divisualkan dengan pendekatan teknologi moden di pentas.
“Cerita Cik Siti Wan Kembang ini bukan sekadar melihat kepada keberanian dan kewibawaannya sebagai pemimpin. Dalam mitos dan legendanya, dia mempunyai kesaktian dan kesaktian itu perlu kita tonjolkan di pentas agar menjadi lebih spektakular dan memukau.
“Elemen kesaktian ini tidak dapat saya perincikan sepenuhnya, namun pastinya teknologi kreatif serta teknologi pentas digunakan semaksimum mungkin dalam produksi ini,” katanya dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Sementara itu, pelakon utama teater muzikal itu, Norhasmidar Ahmad mengakui, pada awalnya beliau berasa kurang yakin apabila ditawarkan untuk membawakan watak utama dalam produksi berskala besar itu.
Namun, beliau optimis dengan kerjasama bersama rakan-rakan pelakon lain serta kru produksi, pementasan tersebut bakal menjadi sebuah persembahan yang mengagumkan.
“Apabila mendapat tawaran daripada Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) untuk menyertai produksi teater muzikal Paduka Cik Siti ini, pada peringkat awal saya sebenarnya tidak begitu yakin kerana peranan ini sangat besar. Tajuknya sendiri adalah nama tokoh yang kita angkat.
“Sebelum ini saya lebih banyak membawa watak kecil, tetapi kali ini ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Pada masa sama, saya menganggap ini sebagai satu penghormatan yang diberikan kepada seorang wanita,” katanya.
Menurut Norhasmidar, cabaran membawakan watak seorang raja wanita memerlukan penghayatan emosi, kekuatan dalaman serta komitmen fizikal yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila ia digabungkan dengan elemen nyanyian dan tarian.
Teater muzikal itu merupakan hasil kerjasama Aswara dan Persatuan Alumni Aswara dan dijadualkan dipentaskan pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.
Pementasan Paduka Cik Siti mengangkat kisah ketokohan dan keberanian seorang raja wanita Melayu dalam menghadapi tekanan sosial, politik serta konflik cinta pada zamannya.
Pementasan itu turut menampilkan gabungan lakonan, muzik, tarian serta estetika visual yang dirancang bagi memberikan pengalaman artistik yang menyentuh jiwa penonton.