awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tepati ramalan, Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11!

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2025
16:06 MYT
Tepati ramalan, Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11!
Liza Aziz muncul juara Gegar Vaganza 11.
KUALA LUMPUR: Liza Aziz menepati ramalan apabila mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir untuk muncul juara Gegar Vaganza 11 (GV11) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi.
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet, Cinta, bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Liza turut memenangi RM3,000 sebagai pemenang Anugerah Terpaling Adabi.
Di tempat kedua pula ialah Ning Baizura yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Sheila Abdul membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.
Dadali Dyrga memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000, disusuli Zehra Zambri di tempat kelima membawa pulang RM15,000.
Trio Indonesia, The Lima meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000.
GV11 yang bersiaran secara langsung selama 12 minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dikendalikan oleh hos Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad, dengan barisan juri tetap seperti Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.
Topic Berkaitan
#Liza Aziz
#Gegar Vaganza 11
#Ning Baizura
#selebriti
#siaran langsung
#GV11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan