HIBURAN
[TERKINI] PRN Sabah: Astro AWANI hasilkan ‘Semboyan Berlagu’, seru kebangkitan pengundi
Muzik video ini menjadi nadi kepada kempen besar Astro AWANI bertemakan Rise of the Voters, sebuah inisiatif yang menghimpunkan kandungan khas menjelang PRN Sabah pada 29 November ini.
KUALA LUMPUR: Sempena Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) Sabah, Astro AWANI mempersembahkan sebuah karya khas berjudul Semboyan Berlagu, sebuah muzik video berdurasi dua minit yang mengangkat semangat kebangkitan rakyat Sabah dalam menentukan masa depan negeri di bawah bayu.
Menggabungkan elemen sinematik, visual metafora dan lirik yang kuat, Semboyan Berlagu menampilkan perjalanan simbolik anak-anak perantau Sabah yang pulang ke tanah kelahiran untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi.
Ia adalah seruan halus tetapi lantang yang bertujuan untuk mengingatkan bahawa setiap undi adalah suara masa depan.
Roh Rise of the Voters dalam setiap bait dan visual
Muzik video ini menjadi nadi kepada kempen besar Astro AWANI bertemakan Rise of the Voters, sebuah inisiatif yang menghimpunkan kandungan khas menjelang PRN Sabah pada 29 November ini.
Dari langit yang terbentang luas, lautan biru yang dijelajahi penyelam, hingga visual cahaya yang menembus kegelapan, setiap adegan membawa maksud yang lebih besar: pengundi Sabah sedang bangkit dengan keberanian, harapan dan kesedaran.
Lirik seperti Dengar seruan waris, Kinabalu bergema dan Aksara dipangkah, jadi cahaya harapan bersama ... menggabungkan rasa cinta kepada tanah air, tanggungjawab dan impian kolektif rakyat Sabah.
Lebih daripada sekadar muzik video
Semboyan Berlagu bukan sekadar sebuah lagu. Ia adalah gerakan naratif, disokong oleh laman mikro PRN Sabah: ‘Sabah Memilih’.
Ia menjadi pusat rujukan lengkap yang memaparkan senarai calon, profil calon utama, tawaran manifesto, wawancara eksklusif, klip video, laporan khas dan analisis selain maklumat terkini sepanjang tempoh PRN
Pada masa sama, Astro AWANI turut menampilkan gamifikasi, sebuah permainan interaktif 10 soalan yang menentukan karakter pengundi anda berdasarkan karakter di dalam muzik video Semboyan Berlagu.
Setiap peserta akan menerima kad digital yang boleh dikongsi terus ke media sosial. Menarik, mudah dan memberi pemahaman ringkas tentang nilai pengundi moden.
Seruan untuk seluruh rakyat Sabah!
Dalam suasana politik yang terus berubah, Semboyan Berlagu hadir sebagai simbol.
Simbol bahawa masa depan Sabah bukan hanya ditentukan oleh calon atau parti, sebaliknya pengundi yang berani menyahut panggilan demokrasi.
Ini waktunya untuk bangkit.
Ini waktunya untuk memilih.
Ini waktunya untuk Sabah menulis takdirnya sendiri
Saksikan muzik video Semboyan Berlagu sekarang secara eksklusif di semua platform Astro AWANI mulai hari ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini