HIBURAN

Terlalu gementar, Naufal Azrin selamat bergelar suami selepas tiga kali lafaz

Gempak 31/08/2025 | 09:30 MYT
Naufal menyerahkan mas kahwin sebanyak RM7,000 dan memberi seutas gelang emas kepada isterinya selepas mereka sah bernikah. - Gempak
PENYANYI, Naufal Azrin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Fatin Farhanah Fauzi pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Penyanyi Naufal Azrin, 26, selamat bernikah dengan Fatin Farhanah Fauzi pada Ahad, sah bergelar suami dengan tiga kali lafaz.
  • Naufal menyerahkan mas kahwin RM7,000 dan seutas gelang emas kepada isterinya selepas akad nikah yang disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan.
  • Pasangan ini mula berkenalan sejak tujuh tahun lalu, dan berita gembira dikongsi Naufal melalui video di Instagram.


Berita gembira itu dikongsi oleh Naufal menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Naufal atau nama sebenarnya Ahmad Naufal Azrin, 26, sah bergelar suami dengan tiga kali lafaz dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan.

Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM7,000 dan memberi seutas gelang emas kepada isterinya selepas mereka sah bernikah.

Sebelum ini, Naufal memaklumkan dia mula mengenali Fatin Farhanah sejak tujuh tahun lalu. -- Gempak




#Naufal Azrin #selamat bergelar suami #perkahwinan #lafaz nikah #Fatin Farhanah Fauz