Teruja jadi juri MLM 2016, Shaheizy Sam tak duduk diam

Gempak
Februari 3, 2016 06:00 MYT
Setiap kali tiba waktu iklan, Sam begitu sporting dan aktif melayan karenah peminat yang ingin mengambil gambar bersamanya.

PERTAMA kali menjadi juri Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), pelakon Shaheizy Sam begitu teruja sehingga berlari-lari di dalam auditorium.

Namun jangan salah sangka kerana Sam bukanlah berlari tidak tentu arah tetapi lebih kepada melayan keluarga The Magician (peminat) yang hadir memberikan sokongan kepadanya minggu lalu.
Setiap kali tiba waktu iklan, Sam begitu sporting dan aktif melayan karenah peminat yang ingin mengambil gambar bersamanya.
Boleh dikatakan pada malam tersebut Sam tidak duduk diam di kerusi juri dan adakalanya dia juga turut bangun memberikan coklat KitKat kepada peminatnya.
Di sini Astro Gempak ingin kongsikan beberapa foto menarik gelagat Sam di sepanjang MLM 2016 minggu pertama.

#Maharaja Lawak Mega 2016 #MLM #Shaheizy Sam #The Magician