IBU kepada pempengaruh media sosial Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.
Kartini bagaimanapun berkata dia mengambil tindakan untuk memadam posting penjelasan itu daripada laman sosialnya kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
“Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya.
“Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen yang mereka salah,” kata Kartini kepada Gempak.
Kartini ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu kolaborasi Disney X Naelofa yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Dalam pada itu, Kartini turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah menjejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, itu saya bangga.
“Alhamdullillah Allah pelihara, dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan buat seperti yang didakwa. Kita tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian. Alhamdullillah,” katanya.
Terdahulu, Kartini meluahkan rasa kesal dan menyelar tindakan biadab pihak menuduh Ameera Khan berjudi lumba kuda di luar negara.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Sep 21 2023
Kartini meluahkan rasa syukur dan bangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah jejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. - Gempak
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.