awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada filem lagi selepas ini' - Laudya Cynthia Bella umum bersara dunia seni

Gempak
Gempak
05/08/2022
04:00 MYT
'Tiada filem lagi selepas ini' - Laudya Cynthia Bella umum bersara dunia seni
LAUDYA: Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga istiqamah dan filem terakhir saya adalah 'Buya Hamka'. -Foto Astro Gempak
SELEPAS kecoh cerita kononnya pelakon Laudya Cynthia Bella sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki Dubai, terbaharu dia mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni.
Memetik laporan Liputan 6, Laudya memaklumkan dia sudah lama merancang untuk bersara daripada dunia seni.
Laudya turut memohon peminat terus mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga istiqamah dan filem terakhir saya adalah 'Buya Hamka'.
“Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.
“Saya ingin berjaya di dunia dan akhirat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini,” katanya.
Laudya berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media di Indonesia.
Pengurus kepada Laudya sebelum ini dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya pelakon itu sudah bernikah sekali lagi selepas sebuah video tular di media sosial, baru-baru ini.
Pelakon yang cukup popular dengan siri filem "Surga Yang Tak Dirindukan" ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan selebriti Malaysia, Engku Emran pada September 2017 namun bercerai pada Julai 2020. -Gempak
Topic Berkaitan
#Laudya Cynthia Bella
#bersara daripada dunia seni
#isteri kepada seorang lelaki Dubai
#bekas isteri Engku Emran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan