Tiada lagi kaitan Prime Domestic, Aweera muncul bersama Pelita Lusoh

Gempak
November 23, 2018 07:45 MYT
Aweera kembali memperkenalkan band baharu yang dikenali sebagai Pelita Lusoh. -Instagram
SELEPAS melalui pelbagai insiden dan kontroversi dengan anggota kumpulan terdahulu, penyanyi popular Aweera kembali memperkenalkan band baharu yang dikenali sebagai Pelita Lusoh.
Pada Mei lalu, Aweera ketika itu masih menganggotai kumpulan Prime Domestic turut serta dalam Konsert Rock Legend 2018 bersama kumpulan May.
Bagaimanapun, perkembangan baru mengenai penyanyi yang mempunyai vokal hebat itu dimaklumkan Aweera sendiri menerusi akaun Instagramnya (IG), @aweera_official baru-baru ini.
Dalam status itu, Aweera memuatkan naik gambar dia bersama dua anggota lain dalam kumpulan baharu tersebut.
#Aweera #Konsert Rock Legend 2018 #may #Prime Domestic #vokal hebat