"Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab" - Mimi Fly ulas keretakan rumah tangga

Gempak
Disember 28, 2017 11:51 MYT
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Mimi memberitahu dia mahu menjawab segala soalan dan tanda tanya daripada peminat dan netizen yang selama ini menghubunginya.- Foto Instagram
ANGGOTA kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengulas lanjut mengenai perceraiannya dengan suami Mohd Firdaus Hajar baru-baru ini.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Mimi memberitahu dia mahu menjawab segala soalan dan tanda tanya daripada peminat dan netizen yang selama ini menghubunginya.
Menurut Mimi tiada siapa yang menginginkan perceraian dalam perkahwinan dan dia berharap dia dapat melalui fasa tersebut dengan tenang.
Penyanyi itu berkata hanya Tuhan sahaha yang mengetahui suratan hidup yang ditempuhi.
Mimi memberi amaran kepada orang atau pihak luar supaya tidak cuba menokok nambah cerita mengenai hal peribadinya itu.
Katanya, spekulasi yang ditimbulkan hanya akan lebih mengeruhkan keadaan dan mengganggu emosi keluarga mereka.
Mimi menjelaskan lagi hubungannya dengan bekas suami masih baik malah masih berkawan baik sejak mereka kenal di usai Mimi 13 tahun.
Berikut merupakan luahan Mimi yang ditulisnya:
#bercerai #cerai #Mimi Fly #One Nation Emcees #perkahwinan #rumahtangga