Tiara Jacquelina, Afdlin Shauki sedih kehilangan Samantha Schubert

Syafique Shuib
April 26, 2016 01:40 MYT
Samantha Schubert (gambar) meninggal dunia di Pusat Rawatan Prince Court pada 7.16 petang Isnin akibat barah pankreas. -Foto www.samanthaschubert.com
PENGGIAT seni tanah air rata-rata terkejut dengan pemergian pelakon dan penerbit Samantha Schubert yang meninggal dunia pada malam Isnin.
Samantha meninggal dunia di Pusat Rawatan Prince Court di sini pada 7.16 petang Isnin selepas menderita barah pankreas.
Penerbit tersohor Puan Sri Tiara Jacquelina merupakan antara personaliti yang berkongsi kesedihan beliau di laman media sosial.
“Samantha merupakan antara ahli terawal Kit Kat Klub. Saya akan merindui persahabatan yang terjalin sejak kita muda lagi.
“Semoga semangat anda akan diteruskan menerusi anak-anak yang anda sudah besarkan,” tulis Tiara di Facebook.
Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki turut memuji sikap Samantha yang baik hati dan akan sentiasa membantu rakan-rakannya.
“Selamat tinggal sahabat,” tulis Afdlin.
Sementara itu di Twitter, Adibah Noor, Sharifah Amani dan aktivis Datin Paduka Marina Mahathir, penerbit muzik Aubrey Suwito turut meluahkan kesedihan mereka:

Samantha schubert. Had the pleasure of working with her in cuci the musical 1 and she did the PR for my kau di hatiku concert. RIP sam. /p>— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) April 25, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rest in peace Samantha Schubert.

— Sharifah Amani (@sharifahamani) April 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rest in peace Samantha Schubert. You were always beautiful through and through.

— Marina Mahathir (@netraKL) April 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

They say the good die young. So true. We are losing so many good ones while rascals thrive on. RIP Sam Schubert.... https://t.co/PYyEbTA8OV

— Aubrey Suwito (@AubreySuwito) April 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Schubert pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/Dunia pada 1991 dan mula mendapat tempat dalam kalangan peminat filem tempatan selepas beliau membintangi beberapa buah filem termasuk ‘Red Scorpion 2’ (1994), ‘Amok’ (1997) dan ‘The Red Kebaya’ (2006).
#Afdlin Shauki #barah pankreas #samantha schubert #Tiara Jacquelina