VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam mendedahkan bahawa dia dan isterinya Aida Azira Hussin tidak begitu gemar untuk membeli juadah di bazar Ramadan.
Menurut Sam, dia lebih suka sekiranya juadah yang disediakan adalah hasil dari air tangan isterinya sendiri.
"Ini merupakan kali pertama saya menyambut Ramadan sebagai seorang suami.
"Jadi sudah pasti saya lebih suka jika juadah berbuka itu disediakan oleh isteri saya.
“Lagi pun saya dan isteri juga tidak begitu gemar untuk ke bazar kerana isteri saya lebih suka memasak sendiri di rumah.
"Kalau masak, bau hidangan yang disediakan itu akan bau satu rumah dan ia akan membangkitkan selera makan," katanya ketawa.
Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharum berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Sony Music baru-baru ini.
Bercakap mengenai aktiviti harian ketika bulan Ramadan, Sam memberitahu dia mengurangkan sedikit aktiviti seni dan banyak menghabiskan masa di rumah.
"Saya ambil masa untuk berehat sebentar sempena bulan Ramadan ini dan begitu juga dengan kumpulan Bunkface.
"Dan saya rasa inilah peluang untuk melakukan amal ibadah selain menghabiskan masa bersama isteri di rumah," ujarnya.
Gempak
Tue Jun 30 2015
Menurut Sam, dia lebih suka sekiranya juadah yang disediakan adalah hasil dari air tangan isterinya sendiri. - Foto Astro Gempak
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekas isteri syukur Sam Bunkface diarah bayar tunggakan nafkah anak
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengarahkan vokalis kumpulan Bunkface, Sam membayar tunggakan nafkah anak kepada bekas isteri, Aida Azira Hussin berjumlah RM4,668.
'Saya tak pernah abai nafkah anak, siap bayar lebih' - Sam Bunkface bidas kenyataan bekas isteri
Sam menjelaskan dia tidak pernah culas memberi nafkah secukupnya buat Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik COVID-19 tiga tahun lalu.
Sam Bunkface, Aida sah bercerai Januari lalu
Penerbit rancangan, Aida Azira Hussin mengesahkan sudah bercerai dengan penyanyi Sam Bunkface.
Tidak gemar ke bazar Ramadan, Sam Bunkface lebih suka isteri masak
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mendedahkan bahawa dia dan isterinya Aida Azira Hussin tidak begitu gemar untuk membeli juada di bazaar Ramadan.