HIBURAN
Tidak mahu mati di lokasi penggambaran, Michael Douglas henti berlakon

Douglas bagaimanapun mengatakan tidak lagi aktif berlakon bukan bermakna dirinya sudah bersara. - Gempak
BINTANG veteran Hollywood, Michael Douglas mengaku tidak bercadang kembali berlakon selepas kali terakhir beraksi pada tahun 2022.
Ringkasan AI
- Michael Douglas tidak bercadang kembali berlakon sejak kali terakhir muncul pada 2022, menyatakan keinginan untuk berehat selepas hampir 60 tahun bekerja dan tidak mahu 'mati di lokasi penggambaran'.
- Walaupun tidak mengumumkan persaraan rasmi, beliau kini lebih senang menyokong karier isterinya, Catherine Zeta-Jones, dan terbuka jika ada projek istimewa di masa depan.
- Douglas masih mempunyai dua projek belum dipasarkan termasuk Looking Through Water, dan terus aktif sebagai penerbit dalam industri filem.
“Saya gembira dengan keputusan saya untuk berehat,” kata Douglas seperti dilaporkan CNN.
Douglas, 80, bagaimanapun mengatakan tidak lagi aktif berlakon bukan bermakna dirinya sudah bersara.
Namun dia senang untuk menyokong karier isterinya, Catherine Zeta-Jones.
“Saya memang tidak mempunyai niat untuk kembali berlakon buat masa ini. Tapi saya tidak juga mengatakan telah bersara. Mana tahu ada projek menarik datang kepada saya nanti dan saya akan kembali. Tapi sekarang saya gembira menyokong dan melihat isteri saya bekerja,” katanya lagi.
Aktor yang cukup terkenal menerusi filem seperti Wall Street dan Fatal Attraction itu malah diketahui masih mempunyai dua projek yang belum dipasarkan termasuk filem Looking Through Water.
Selain sukses sebagai pelakon, Douglas yang memulakan kariernya pada 1996 juga dikenali sebagai seorang penerbit. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami