awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tidak pernah jadi isu' - Daphne Iking kongsi kemeriahan sambut Krismas di kampung

Mohd Dzulfitri Md Yusuf
Mohd Dzulfitri Md Yusuf
25/12/2018
23:50 MYT
'Tidak pernah jadi isu' - Daphne Iking kongsi kemeriahan sambut Krismas di kampung
Daphne Iking berkongsikan kemeriahan sambutan Hari Natal bersama keluarga besarnya di Tambunan, Sabah. Instagram daphneiking
“Di sini, Sabah, tidak kira.. kau Muslim kah, kau Kristian kah, kita celebrate apa-apa sahaja bah, kan? Kenapa kita celebrate apa sahaja?” tanya Daphne Iking kepada sepupunya.
“Because we are one!" jawab sepupunya ringkas.
Itulah kemeriahan yang dikongsikan selebriti itu dengan Astro AWANI, menerusi satu video sambutan Krismasnya pada Selasa, bersama keluarga besarnya di Tambunan, Sabah.
Menurut Daphne, bukan sesuatu yang luar biasa di Sabah menyaksikan sambutan Krismas diraikan semua ahli keluarga yang terdiri daripada penganut agama yang berbeza.
“Seingat saya, ia tidak pernah menjadi masalah.
“Dalam keluarga saya, ada yang beragama Islam, Kristian, Hindu dan juga Buddha. Dan kami sediakan makanan yang sesuai untuk semua. Ada yang halal dan ada yang tidak halal. Jadi, kami asingkan sahaja. Tak jadi masalah”.
View this post on Instagram
A post shared by Daphne Iking ♋️ (@daphneiking) on
Dec 25, 2018 at 3:53am PST
“Ibu bapa saya sudah terapkan rasa hormat pada perbezaan sejak kecil. Kami didedahkan kepada kepercayaan agama yang berbeza dan memahami setiap satu daripadanya.
"Jadi, ia menjadi sesuatu yang normal untuk saya pula mendidik anak saya dengan nilai itu.”
Ujar Daphne, yang paling penting ialah dapat meraikan perayaan itu bersama orang tercinta walaupun ada perbezaan kepercayaan.
TONTON : Daphne Iking pupuk semangat Tadau Kaamatan dengan anak-anak
Pengacara itu memeluk agama Islam dan mengahwini ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman, pada Januari 2011.
Topic Berkaitan
#agama
#anak
#Buddha
#Daphne Iking
#Halal
#Hindu
#Islam
#keluarga
#Krismas
#Kristian
#Muslim
#Sabah
#Tambunan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan