awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sentuh wanita ketika bergambar, Keanu Reeves dapat pujian ramai

Agensi
Agensi
15/06/2019
12:55 MYT
Tidak sentuh wanita ketika bergambar, Keanu Reeves dapat pujian ramai
Keanu Reeves dianggap menghormati 'personal space' apabila tidak menyentuh wanita yang bergambar dengannya. - AP NEWSROOM
SEKEPING gambar dan tweet yang memaparkan bintang John Wick, Keanu Reeves tidak menyentuh wanita yang bergambar dengannya, menjadi perbincangan hangat netizen.
Dalam banyak gambar, Reeves dilihat meletakkan tangan dalam poket seluar, atau meletakkan tangannya di belakang wanita terbabit, namun tidak menyentuh mereka.
Warganet memuji sikap Reeves yang dianggap menghormati wanita.
"Anda tidak tahu jika wanita itu rasa tidak selesa disentuh. Keanu memberi inspirasi kepada kita semua, bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih beradab," kata seorang peminat di Twitter.
Lol Keanu aint taking no chances. pic.twitter.com/nnfIOZKbT1
— Kemoy Lindsay (@KemziLinzi) June 9, 2019
Bagaimanapun ada peminat berpendapat Reeves bertindak sedemikian untuk melindungi dirinya daripada tohmahan aktivis feminis, namun ia ditolak sebahagian besar warganet.
"Jika benar sekalipun, Reeves wajar dihormati kerana tidak mengambil kesempatan. Ini bukan tentang mana-mana gerakan, ini tentang sikap menghormati," ujar seorang lagi pengguna Twitter.
Pelakon itu baru-baru ini diangkat sebagai lelaki paling diidamkan di internet, menurut laporan People.
"Gelaran itu agak aneh, tetapi asalkan ia perkara positif, saya terima saja," kata Reeves.
Topic Berkaitan
#John Wick
#Keanu Reeves
#Keanu Reeves bergambar
#menghormati wanita
#tidak sentuh wanita
#Tweet
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan