[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
HIBURAN

Tidak tolak jodoh lelaki asing - Yuna

Astro Awani 30/01/2013 | 02:57 MYT
Yuna mengakui mahu menolak ke tepi soal cinta buat sementara waktu demi pembikinan album terbarunya.
Yuna menegaskan perkara itu susulan spekulasi dia sedang bercinta dengan seorang jurugambar bernama Julian Schratter.
Mengakui mereka sekadar teman rapat, Yuna bagaimanapun tidak menolak sekiranya mempunyai jodoh dengan Schratter.
Dia tidak mahu mengehadkan perhubungannya hanya kerana berbeza agama dan budaya selain ibu bapanya juga bersikap terbuka dalam menentukan siapakah pilihan Yuna.
Namun demikian, buat masa ini dia hanya mahu membina kerjaya kerana sedar peluang untuk mencipta nama di Amerika tidak mudah.
Baginya, soal cinta boleh difikirkan kemudian kerana masih muda.
Selepas Fader Label, Yuna kini bernaung di bawah label The Verve yang diasaskan komposer terkenal David Foster.
#David Foster #Julian Schratter #the verve #Yuna