awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiga hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur, takut tak diterima keluarga' - Erma

Gempak
Gempak
05/04/2019
08:01 MYT
'Tiga hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur, takut tak diterima keluarga' - Erma
Semalam menerusi entri di IG, Erma berkongsi kisah anaknya yang dibebaskan selepas dikenakan hukuman penjara pada Mei 2016 sehingga membuatkan netizen sebak. - Gambar Astro GEMPAK
PENGARAH dan pelakon, Erma Fatima berkongsi kisah yang dilalui oleh anak ketiganya, Ahmad Aifin, 21, ketika berada di dalam penjara.
Menerusi entri di Instagram (IG), Erma menjelaskan Aifin tidak dapat tidur selama tiga hari sebelum dibebaskan kerana risau dirinya tidak akan diterima oleh keluarganya.
"Hari ini mengingatkan aku kepada 23 tahun yang lalu dimana aku menyambut dia ke dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan. Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu apabila dia kembali ke pangkuan aku.
"Aku harap selepas ini dia takan pergi tinggalkan aku lagi. Kalau anda semua tengok dia betul-betul, anda tak akan percaya dia boleh masuk penjara.
"Selama aku memelihara dia tidak pernah walau sekalipun dia meninggikan suara pada aku. Kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya tapi takdir telah merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yang gelap.
View this post on Instagram
Hari ini mengingatkan aku kpd 23 tahun yg lalu d mana aku menyambut dia ke dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan. Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu apabila dia kembali ke pangkuan aku. Aku harap selepas ini dia takan pergi tinggalkan aku lagi... Kalau anda semua tengok dia betul2..anda tkn percaya dia bole masuk penjara. Selama aku memelihara dia tdk pernah walau sekalipun dia meninggikan suara pada aku..kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya.. TAPI takdir telah merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yg gelap. Aku sendiri tidak pasti apakah aku akn bongkarkan semuanya disini atau tidak..kerana pasti byk yg akn terguris. Ahmad kata kt penjara tiap2 hari mkn ikan rebus je sbb tu mlm ni kami jamu dia dgn mcm2 makanan. 3 pinggan dia makan. Aku dapat lihat pancaran matanya yg penuh gembira. Katanya 3 hari sblm keluar penjara dia tk bole tido. Yg bermain di kepalanya adalah..apakah aku akn menerima dia kembali. Dan paling aku sebak..albab dan arri kalau suruh pergi mana2 pagi liat nk bangun. Tapi pagi ni mereka bangun dengan semangat sekali untuk menjemput adiknya pulang tanpa perlu aku kejutkan. Ya Allah! Jangan pisahkn kami lagi..satukan kami hingga ke hujung nyawa.
A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
Apr 4, 2019 at 11:35am PDT
"Aku sendiri tidak pasti apakah aku akan bongkarkan semuanya disini atau tidak kerana pasti banyak yang akan terguris. Ahmad kata dekat penjara tiap-tiap hari makan ikan rebus je sebab tu malam ni kami jamu dia dengan macam-macam makanan.
"Tiga pinggan dia makan. Aku dapat lihat pancaran matanya yang penuh gembira. Katanya 3 hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur. Yang bermain di kepalanya adalah apakah aku akan menerima dia kembali.
"Paling aku sebak Albab dan Arri kalau suruh pergi mana-mana pagi liat nak bangun. Tapi pagi ni mereka bangun dengan semangat sekali untuk menjemput adiknya pulang tanpa perlu aku kejutkan. Ya Allah! Jangan pisahkn kami lagi, satukan kami hingga ke hujung nyawa," tulisnya.
{BACA: Mama Tak Malu Ke Bagitahu Orang Anak Mama Bekas Banduan? – Soalan Anak Erma Fatima Ini Buat Netizen Sebak}
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui sebak dan memuji ketabahan Erma sebagai seorang ibu serta mendoakan kebahagiaan keluarga ini.
Semalam menerusi entri di IG, Erma berkongsi kisah anaknya yang dibebaskan selepas dikenakan hukuman penjara pada Mei 2016 sehingga membuatkan netizen sebak.
Selain Ahmad Aifin, Erma mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25 tahun, Ahmad Arir, 23 tahun dan Nurain, 12 tahun.
Topic Berkaitan
#ahmad arir
#anak
#Erma Fatima
#Instagram
#karier
#nurain
#penjara
#selebriti
#syamil ikhwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan