Tiket konsert Dewa 19 'Pupus' dalam masa sejam

Astro Awani
Julai 18, 2022 06:58 MYT
Difahamkan, penganjur sedang mempertimbangkan untuk menambah konsert itu untuk satu malam lagi selepas ramai peminat Dewa 19 di negara ini kecewa gagal mendapatkan tiket. - Gambar fail
TIKET konsert sempena sambutan ulangtahun 30 tahun kumpulan Dewa 19 di Axiata Arena, Kuala Lumpur habis dijual dalam tempoh sejam.
Konsert ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ yang dijadualkan berlangsung pada 10 September itu bakal menampilkan disertai beberapa bekas anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.
Selain kehadiran Ahmad Dhani yang terlepas aksi di Stadium Melawati pada 2019, konsert ini juga menampilkan barisan penyanyi dari Ari Lasso, Once, Virzha hinggalah penyanyi terbaru Ello.
Dalam satu kenyataan media pada Ahad, Ahmad Dhani berjanji, terdapat banyak rangkaian lagu yang tidak pernah atau jarang dipersembahkan dalam konsert akan dihidangkan khusus buat Baladewa di negara ini.
Konsert ini mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi, manakala Kesion Malaysia dan EF Media pula selaku rakan media rasmi.
Difahamkan, penganjur sedang mempertimbangkan untuk menambah konsert itu untuk satu malam lagi selepas ramai peminat Dewa 19 di negara ini kecewa gagal mendapatkan tiket.
#Dewa 19 #Ahmad Dhani #Ari Lasso #ONCE #konsert #sold out #tiket #Baladewa