"Tima banyak tolong family, sebab tu ..." - Mawar Rashid dedah sikap Emma Maembong

Gempak
Mac 28, 2019 23:34 MYT
Emma mula aktif di industri hiburan pada tahun 2012 manakala Mawar pada tahun 2014 dan mereka berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
PELAKON Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran rakan karibnya, Emma Maembong yang disambut semalam (27 Mac).
Mawar memuat naik sekeping foto bersama Emma di laman Instagram miliknya bersama ucapan hari lahir.
"Kita pun nak throwback la gambar with this BIRTHDAY GIRL. Ni gambar masa tahun 2013.
"Zaman baru nak UP kita. Mawar happy dengan kejayaan Titimama, dimana tempat tima berada sekarang, memang atas usaha & kelebihan yang tima ada.
"Tima banyak tolong family, tolong kawan-kawan sebab tu rezeki titimama tak pernah putus. I’m so proud of you.
"Tak kisah ape orang nak cakap ape pasal tima, yang penting orang yang kenal tima tahu kemuliaan hati titimama. Love you!! @emma_maembongofficial," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata peminat Mawar turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Emma dan mendoakan agar persahabatan mereka terus berkekalan.
Sekadar info, Emma mula aktif di industri hiburan pada tahun 2012 manakala Mawar pada tahun 2014 dan mereka berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#birthday #Emma Maembong #harijadi #hiburan #Instagram #Mawar Rashid