Timang cahaya mata kelima, Johan dan Ozlynn dedah wajah anak

Gempak
Jun 25, 2018 09:08 MYT
Ozlynn meminta maaf kerana mereka terpaksa membuat ramai yang tertanya-tanya mengenai berita kelahiran bayi kelima itu. - Foto IG Jozlynhanania
PELAWAK Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn selamat menimang cahaya mata perempuan pada Syawal ketiga yang lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh mereka menerusi akaun Instagram (IG).
Ozlynn meminta maaf kerana mereka terpaksa membuat ramai yang tertanya-tanya mengenai berita kelahiran bayi kelima itu.
Menurut Ozlynn, Johan memintanya berehat secukupnya dan belum boleh menerima kunjungan daripada sesiapa yang mahu melawat mereka.
Mereka turut berkongsi wajah comel puteri kedua itu serta video Johan bersama anaknya itu.
Empat anak mereka yang lain adalah Ariq, 13, Sodiq, 8, Haziq, 5 dan Chantiq 3 tahun.
#anak #bayi #Instagram #Johan Raja Lawak #Ozlynn