awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
Azizulhasni raih emas acara pecut elit Siri Trek ASEAN
Pelabuhan Tanjung Pelepas pecah rekod kendali 14 juta TEU pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMSM : Akhirnya terbongkar, Yana Samsudin penyanyi disebalik kostum ABC

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
07/10/2020
13:12 MYT
TMSM : Akhirnya terbongkar, Yana Samsudin penyanyi disebalik kostum ABC
Siapa sangka, pelakon yang popular dengan filem Bini-Biniku Gangster, Yana Samsudin merupakan penyanyi tersebut - Foto/ Astro Warna.
KUALA LUMPUR:Pencarian siapa penyanyi di sebalik topeng semakin hangat.
Mana tidaknya, masuk minggu ketiga, akhirnya selebriti misteri di sebalik kostum ABC telah didedahkan dalam The Masked Singer Malaysia (TMSM).
Siapa sangka, pelakon yang popular dengan filem Bini-Biniku Gangster, Yana Samsudin merupakan penyanyi tersebut.
Yana terpaksa akur dengan keputusan juri yang menyebabkannya tersingkir selepas mendapat markah terendah sebanyak 72 peratus selepas mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Yana menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza
Yana menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza
Selain Yana, yang turut berada di tangga tiga terbawah ialah peserta yang berselindung di sebalik kostum ayam jantan dan orang utan yang identiti mereka masih menjadi misteri.
Kini, hanya sembilan sahaja selebriti di sebalik topeng yang akan berentap demi gelaran juara pertama TMSM iaitu Musang King, Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya.
Program TMSM dinilai 100 peratus oleh juri-juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin dan ramai lagi.
TMSM yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal bersiaran di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).
Siapa pula yang akan mendedahkan identiti mereka, sama-sama kita saksikan The Masked Singer Malaysia setiap Jumaat, jam 9 malam.
Topic Berkaitan
#The Masked Singer Malaysia
#Yana Samsudin
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Aku Bidadari Syurgamu
#Astro WARNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan