Tolong hormat pemilik stesen minyak, jangan ceroboh atau panjat pagar - Yuna

Asyraf Roslan
Jun 9, 2019 11:15 MYT
Pemilik stesen minyak minta tolong Yuna supaya beritahu peminatnya untuk tidak memanjat pagar - Gambar Astro Gempak
BERCAKAP sahaja mengenai lagu Forevermore nyanyian Yuna, sudah pasti ramai yang akan mengingati video muzik serta lokasi penggambaran video tersebut.
Lokasi yang paling memberi impak dalam muzik video berkenaan ialah sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis.
Sehingga kini, stesen minyak itu telah menjadi perhatian orang ramai yang berkunjung untuk mengambil gambar.
Namun, apa yang menjadi masalah apabila wujud sesetengah orang awam yang sanggup memasuki kawasan itu dengan cara memanjat pagar stesen berkenaan.
BACA : Siapa cam tempat ini? Yuna buat stesen minyak di Perlis nampak macam di 'oversea'!
BACA : Netizen umpamakan fesyen dengan kek lapis, tapi ini jawapan 'cool' Yuna
Hal itu membuatkan, pemilik stesen minyak terbabit meluahkan kekesalannya menerusi Twitter dan pada masa sama meminta Yuna untuk membantunya.
"Hi Yuna, saya pemilik stesen minyak dalam video muzik you. Saya perlukan pertolongan anda, jika orang ramai nak datang ambil gambar tolonglah jangan panjat pagar kami. Seorang buat pasti yang lain ikut," katanya.
Menyedari situasi terbabit, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 32, menasihatkan orang ramai yang ingin berkunjung ke stesen minyak berkenaan supaya menghormati pemilik terbabit.
"Tolong hormat pemilik stesen minyak dan jangan menceroboh atau panjat pagar. Peace & love!," katanya.
Terkini, video muzik Forevermore telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta kali sejak ia dilancarkan.
#Forevermore #pelancong #pemilik stesen minyak #Perlis #stesen minyak #Twitter #Yuna