ENTERTAINMENT
"Tom Cruise sangat baik dan peramah..." Sofyank

Sofyank (dua dari kiri) sekali lagi membanggakan nama Malaysia apabila berpeluang menjalinkan kerjasama bersama pelakon aksi Hollywood terkenal, Tom Cruise (kiri). Turut sama Shaffuan.
PERSONALITI media sosial, Sofyank sekali lagi membanggakan nama Malaysia apabila berpeluang menjalinkan kerjasama bersama pelakon aksi Hollywood terkenal, Tom Cruise.
Bagaimanapun, Sofyank tidak berseorangan dan turut membawa rakannya iaitu Shaffuan untuk kerjasama kali ini.
Mengulas mengenai pengalamannya bertemu Tom, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 28, berkata, pada mulanya dia berasa gementar untuk melakukan penggambaran, namun, disebabkan sikap Tom yang peramah dan tidak sombong membuatkan mereka berasa selesa.
“Alhamdulillah kami sudah selesai melakukan penggambaran dengan Tom Cruise tadi dan segalanya berjalan dengan sangat lancar.“Tom merupakan seorang yang sangat baik dan peramah, sikapnya itu membuatkan kami tidak kekok dan berasa selesa,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai lokasi penggambaran pula, Sofyank berkata Tokyo, Jepun merupakan lokasi yang sangat cantik sehingga membuatkan mereka terpegun.
“Perasaan ketika berada di Jepun, mula-mula memang sangat gembira sebab kita dapat tengok budaya dan benda yang baharu.
“Kami buka sahaja kamera, memang cantik sangat suasana dekat sini,” ulasnya.
Dalam perkembangan lain, Sofyank juga memaklumkan mereka kini dalam proses menyiapkan suntingan dan tidak sabar untuk berkongsi hasilnya kepada rakyat Malaysia.
“Sekarang kami tengah fokus nak siapkan video supaya boleh ‘post’ cepat cepat untuk orang ramai-ramai tengok,” ujarnya.
Terdahulu, kerjasama Sofyank dan Tom itu dipercayai ada kena mengena dengan promosi filem terbaharu lakonannya iaitu Mission Impossible: The Final Reckoning yang akan ditayangkan di Malaysia bermula 17 Mei ini.
Selain Tom Cruise, Sofyank juga pernah berkerjasama dengan artis terkenal Hollywood lain seperti Paul Rudd, Will Smith dan Jonathan Majors. - Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami