Tom Cruise tunggang Kawasaki H2 dalam Top Gun 2: Maverick

Gempak
Januari 6, 2020 04:05 MYT
Beberapa gambar lain yang tersebar di media sosial menunjukkan Tom Cruise duduk di atas model H2 Carbon di set penggambaran filem Top Gun 2.
SATU klip video trailer baharu bagi filem Top Gun 2: Maverick (2020) memberi gambaran awal bahawa anda akan menyaksikan Tom Cruise menunggang sebuah jentera Kawasaki Ninja H2.
Jika anda masih ingat filem pertama Top Gun pada tahun 1986, Tom Cruise yang melakonkan watak juruterbang jet tempur bernama Maverick sering menunggang model Kawasaki GPZ900, jika tidak berada dalam rumah atau dalam kokpit pesawat.
Beberapa gambar lain yang tersebar di media sosial menunjukkan Tom Cruise duduk di atas model H2 Carbon di set penggambaran filem Top Gun 2. Ada juga klip lain menunjukkan Cruise menunggang motosikal itu dan berlumba bersama sebuah jet tempur.
Khabarnya filem Top Gun 2: Maverick akan mula ditayangkan ada 26 Jun 2020. Ada beberapa filem blokbuster yang menunjukkan Tom Cruise bersama model-model baharu dan popular lain.
Kebanyakannya dapat dilihat semasa babak-babak dramatik seperti kejar mengejar. Antaranya, Triumph dan BMW dalam siri filem Mission Impossible hingga kepada Ducati Hypermotard dalam filem Knight and Day.
1. Mission: Impossible Fallout
Dalam filem ini, Tom Cruise menunggang sebuah BMW R nine T Scrambler semasa babak kejar mengejar di jalan raya kota Paris, melawan arus sebelum terbabas.
2. Knight and Day
Filem ini pula menyaksikan Tom Cruise di atas sebuah Ducati Hypermotard dan tahukah anda ada beberapa babak dalam filem ini membabitkan model Aprilia sebagai jelmaan Ducati?
Ini dibuat semasa aksi lagak ngeri, contohnya semasa membuat babak lompatan. Ia sebenarnya sebuah Aprilia SXV 550, bukannya Ducati.
3. Mission: Impossible 3
Sebenarnya, motosikal Confederate Hellcat F131 ini tidak digunakan dalam rakaman filem Mission: Impossible 3. Ia cuma ditunggang Tom Cruise ke tayangan perdana filem itu di New York.
Motosikal ini jarang dilihat kerana dibina dalam skala kecil dan menjadi buruan golongan selebriti sahaja.
#filem #Kawasaki GPZ900 #Kawasaki Ninja H #Knight and Day #Mission Impossible Fallout #motosikal #Tom Cruise #Top Gun 2 Maverick