Raikan majlis berprestij industri perfileman India, Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa (IIFA) 2015 dalam bentuk definisi tinggi (HD) pada Ahad ini.

Para pelanggan Astro boleh menonton IIFA 2015 secara eksklusif di Astro First dengan menekan butang merah di Saluran 488 untuk pembelian sekarang pada hanya RM15!

Naib Presiden Kanan Kumpulan Kandungan Astro, Dr Rajamani Chellamuthu berkata Astro teruja untuk mempersembahkan rancangan anugerah berprestij tersebut di Astro First, untuk membawa para penonton bersama-sama meraikannya bersama bintang-bintang ternama Bollywood.

“IIFA membawa bintang-bintang ternama Bollywood berhimpun di Malaysia untuk meraikan industri perfileman mereka di malam yang menjanjikan keriangan, glamor, keseronokan dan hiburan.

“Tayangan eksklusif Anugerah IIFA 2015 di Astro First (Saluran 480), membuktikan komitmen kami dalam memberikan kandungan yang terbaik, tidak mengira tempatan mahupun antarabangsa.

“Ia juga satu penghormatan dan bakal meninggalkan kenangan kepada pelanggan kami dan para peminat Bollywood yang semakin ramai di negara ini,” katanya menerusi siaran media pada Khamis.

Seisi keluarga anda kini boleh menikmati persembahan mengasyikkan, menari kepada alunan irama terkenal Bollywood dan menonton bintang-bintang seperti Hrithik Roshan, Arjun Kapoor, Ranveer Singh, Priyanka Chopra, Anushka Sharma, SonaksSinha, Anil Kapoor, Shahid Kapoor, Deepika Padukone dan ramai lagi di Anugerah IIFA 2015 dari kediaman anda.

Jangan lupa untuk menonton temasya penuh berwarna-warni IIFA 2015 secara eksklusif hanya di Astro First (Saluran 480).

Untuk melanggan dan meraikan kemuncak festival filem India terbesar, #IIFA2015 yang bakal menggegarkan Malaysia, sila ke saluran 480 atau layari laman web layari http://www.astrofirstbest.com/ mulai 7 Jun 2015 atau tekan butang merah di Saluran 488 untuk membuat tempahan awal.