awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes tidak dipengaruhi produksi

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2013
08:40 MYT
Tony Fernandes tidak dipengaruhi produksi
Keputusan pemecatan peserta “The Apprentice Asia” yang dihoskan oleh Tan Sri Tony Fernandes tidak dipengaruhi pihak produksi.
Menurut pengasas syarikat penerbangan tambang murah Air Asia itu, beliau mahu mencari pekerja yang benar-benar layak dan bukan hanya untuk drama program realiti sahaja.
“Rakyat Malaysia cukup mengenali saya bahawa tiada siapa yang boleh mengarah dan mempengaruhi keputusan saya termasuk pihak produksi”, kata Tony.
Program realiti “The Apprentice” telah mencatatkan kejayaan selepas kemunculan sulungnya pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos.
Selepas diterbitkan dalam versi Indonesia dan Australia, buat kali pertamanya rancangan popular ini akan dibawa ke kaca tv Malaysia menerusi saluran AXN pada Mei 2013.
“Pertama sekali saya sukakan konsep “The Apprentice Asia” yang kedua, bagi saya ianya satu kejayaan yang besar buat diri saya sekiranya mampu melahirkan colon yang berpotensi tinggi pada penghujung rancangan” tambahnya.
Menerusi rancangan realiti ini, Tony bakal dibantu Ketua Pegawai Eksekutif “AirAsia Expedia”, Kathleen Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Hotels Group, Mark Lankester.
Semenjak pencarian dimulakan pada November tahun lepas, pihaknya telah menerima lebih 30,000 permohonan.
12 peserta yang dipilih dari segenap negara Asia bagaimanapun masih belum didedahkan kepada umum walaupun pengambaran sudah dimulakan.
“Kami telah memilih calon lelaki dan perempuan yang terbaik. Saya dapat lihat betapa besar keinginan mereka untuk berjaya menerusi program realiti ini”, ujarnya.
Setelah dinilai menerusi tugasan dan melalui proses penyingkiran, juara “The Apprentice Asia” bakal menerima gaji yang lumayan serta kerjaya di bawah pengurusan Fernandes.
Topic Berkaitan
#air asia
#The Apprentice Asia
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan