Tragedi bomba lemas: Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad, Norman Hakim kongsi kesedihan

Gempak
Oktober 4, 2018 08:00 MYT
Ucapan takziah buat keluarga mangsa. - Foto Astro GEMPAK
Semenjak awal pagi, tragedi yang menimpa enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.
Pada mulanya, pasukan berkenaan dilaporkan turun ke lombong pada pukul 9.15 malam Rabu bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong.
Air deras tiba-tiba berlaku menyebabkan keenam penyelam berpusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam tertanggal.
Anggota di darat berjaya menarik kesemua penyelam tersebut namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan tetapi tidak berjaya.
Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.
Selebriti tempatan juga turut berkongsi rasa sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut.
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan berkenaan isu tersebut menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.
#bomba #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #lemas #media sosial #meninggal dunia #Puchong #Siti Nurhaliza