Treler pertama filem biografi Datuk Lee Chong Wei keluar

Astro Awani
Disember 21, 2017 20:03 MYT
Treler pertama filem biografi juara badminton negara Datuk Lee Chong Wei dikongsi jaguh itu sendiri dalam laman Twitternya pada Khamis - foto Reuters
Treler pertama filem biografi juara badminton negara Datuk Lee Chong Wei dikongsi jaguh itu sendiri dalam laman Twitternya pada malam semalam.
"First trailer is out. Stay tuned. (Treler pertama keluar. Nantikan.)," kata beliau dalam akaun media sosial @leechongwei.
Berdasarkan laporan sebelum ini, filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada suku pertama tahun hadapan.
Antara nama besar yang turut membintangi filem ini termasuk Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih kepada Chong Wei.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#2018 #badminton #Chong Wei #filem #Lee Chong Wei #Misbun Sidek #Rosyam Nor