[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
HIBURAN

Trump Presiden AS: 'Jangan ketawa, anda juga akan rasa kesannya' - Yuna

Madiha Abdullah 11/11/2016 | 03:38 MYT
Yuna percaya masyarakat perlu lebih kuat dan berani, selain terus menyebarkan mesej kasih sayang.
SELEPAS Donald Trump diumumkan menang pilihan raya Amerika Syarikat (AS), terdapat sebahagian rakyat negara itu dan masyarakat antarabangsa yang mula tidak senang duduk.
Semuanya kerana kempen Trump selama ini dianggap agak rasis terhadap golongan imigran dan umat Islam.
Antara yang terkesan dengan situasi ini adalah penyanyi Malaysia yang kini menetap di Los Angeles sejak beberapa tahun lalu.
Dalam beberapa siri tweet, penyanyi berusia 30 tahun itu tidak ketinggalan menyatakan kebimbangan dengan perkembangan itu.
Yuna pada mulanya menjawab pertanyaan seorang peminat yang bertanyakan jika dia sudah mengemaskan barang-barangnya untuk pulang ke Malaysia, susulan kemenangan Trump.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyanyi Crush itu kemudiannya menyatakan betapa masyarakat kini perlu lebih kuat dan berani, selain terus menyebarkan mesej kasih sayang, rasa dan dan kesaksamaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, apa yang terjadi tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berkarya di negara Uncle Sam itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Graduan undang-undang itu juga mengakui, perasaan takut akan bangsa lain bukan perkara baharu, namun ia bukan satu kerisauan kerana percaya ada pihak yang sedang cuba mengubah hal itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Yuna juga, dalam satu jawapan kepada peminat, menasihatkan agar kemenangan Trump tidak diperlekehkan kerana ia memberi kesan kepada seluruh dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khamis lalu, Trump, calon Republikan, mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton untuk muncul presiden ke-45 negara itu.
Astro AWANI cuba untuk menghubungi Yuna bagi memberi komen berhubung reaksi beliau, namun tidak berjaya.
#Donald Trump #pilihan raya #presiden as #Yuna