[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
HIBURAN

Tular video Shah Rukh Khan rai hari lahir Tun M, rupa-rupanya...

Sinar Harian 11/07/2018 | 12:02 MYT
Satu video merakamkan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan tular di Instagram ketika meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
MENGINJAK usia yang ke-93 tepat jam 12 tengah malam Selasa lalu, sehingga ke hari ini Perdana Menteri ketujuh masih dihujani ribuan ucapan dan doa selamat hari lahir di media sosialnya.
Termasuk satu video merakamkan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan turut tular di Instagram ketika meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Video tersebut merupakan sambutan hari lahir Tun M yang ke-87, anjuran oleh Lord’s Tailor bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.
Sementara itu, Tun M tampil merakamkan ucapan terima kasihnya atas ingatan dan penghargaan orang ramai kepada dirinya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 93,” tulisnya di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bollywood #Instagram #Kuala Lumpur #Mahathir Mohamad #menteri #Perdana Menteri #Shah Rukh Khan #Twitter