Tun Mahathir hadir tayangan gala 'M For Malaysia'

Hasimi Muhamad
September 10, 2019 13:23 MYT
Dokumentari ini diarahkan dan diterbitkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussile, bersama penerbit eksekutif "M for Malaysia", Datin Paduka Marina Mahathir. - Foto Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir menyaksikan tayangan gala filem dokumentari 'M For Malaysia' di GSC Pavilion, malam ini.
Dr Mahathir yang diiiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di sini kira-kira jam 8.40 malam.
Ketibaan pemimpin nombor satu negara itu disambut dengan tepukan dan sorakan daripada para hadirin, yang hadir sama untuk memberikan sokongan kepada dokumentari tersebut.
Antara yang turut hadir pada gala tayangan 'M For Malaysia' adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz serta ramai lagi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial hadir menyaksikan gala tayangan filem dokumentari M For Malaysia di GSC Pavilion, malam ini. @501Awani #MforMalaysia pic.twitter.com/VaVPMyNeCf

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dokumentari ini diarahkan dan diterbitkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussile, bersama penerbit eksekutif "M for Malaysia", Datin Paduka Marina Mahathir.

Selepas hampir setahun setengah sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rasanya sudah tiba masa untuk mengimbau kembali detik bersejarah tersebut. @501Awani pic.twitter.com/qvKQcEyVbL

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mungkin, ini masa yang tepat untuk rakyat Malaysia menonton M for Malaysia! Ini suasana terkini sempena tayangan filem dokumentari tersebut di GSC, Pavilion. @501Awani #Inisejarahkita #MforMalaysia pic.twitter.com/9wXOt0yLsm

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“M for Malaysia" menceritakan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan dan ia merupakan julung kali selepas 60 tahun, Barisan Nasional (BN) berjaya ditumpaskan.
Ia dijadual ditayangkan selama empat hari di 37 pawagam seluruh negara bermula 12 September ini.
#GSC Pavilion #Lim Kit Siang #M for Malaysia #Mahathir Mohamad #Marina Mahathir #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Siti Hasmah Mohd Ali #tayangan gala