Tunai umrah, Siti Nordiana mohon maaf sebelum berangkat ke Mekah

Gempak
Disember 6, 2017 04:07 MYT
Siti Nordiana turut berdoa agar perjalanan serta ibadahnya dipermudahkan. Foto Astro Gempak
PENYANYI Siti Nordiana telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam, untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Siti Nordiana mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
Siti Nordiana atau Nana turut berdoa agar perjalanan serta ibadahnya dipermudahkan.
Terdahulu, Nana memaklumkan kepada Astro Gempak, ini merupakan ibadah umrah pertamanya.
Nana ke tanah suci bersama anaknya, Muhammad Rayyan serta beberapa ahli keluarganya.
Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Nana berjalan lancar.
#Instagram #Maaf #Mekah #Siti Nordiana #umrah