Tunda konsert di Sydney, Pink teruk dikecam peminat

Gempak
Ogos 5, 2018 08:45 MYT
Rata-rata peminat telah beranggapan bahawa penyanyi tersebut sengaja menunda konsertnya itu untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama anak-anak.- Sumber : Instagram Pink
PENYANYI terkenal Antarabangsa, Pink telah menunda konsert yang sepatutnya berlangsung di Sydney dalam masa terdekat disebabkan mengalami masalah kesihatan.
Pada masa yang sama, Pink didapati beristirehat di kawasan pantai Byron Bay di Australia dan perkara ini telah menimbulkan salah faham di kalangan peminatnya.
Rata-rata peminat telah beranggapan bahawa penyanyi tersebut sengaja menunda konsertnya itu untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama anak-anak.
Ekoran dari perkara tersebut, Pink telah menafikan anggapan itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya semalam.
"Kunjungan ke Byron Bay memang sudah ada dalam jadual saya yang telah dibuat sejak tahun lepas, walaupun berada di sini, saya telah berjumpa dengan doktor dan diberi bekalan ubat yang mencukupi, namun semua itu tidak dirakam dan ditunjukkan oleh paparazi", tulisnya.
Penyanyi itu telah memohon maaf kepada semua peminatnya dan menyatakan dia akan meneruskan konsert itu setelah keadaan kesihatannya kembali normal. - Teks : Asraf Aided
#Australia #batal konsert #Instagram #kesihatan #konsert #penyanyi #pink #Sydney