Tweet Tom Hanks jadikan pelajar popular sekelip mata

Kohilah Sekaran
Oktober 8, 2015 06:29 MYT
Tweet pelakon terkenal Hollywood, Tom Hanks nampaknya menjadi buah mulut orang ramai minggu ini!
Tweet pelakon terkenal Hollywood, Tom Hanks nampaknya menjadi buah mulut orang ramai minggu ini! Oleh kerana tweet Hanks, seorang pelajar bernama Lauren Whitmore yang kehilangan kad pelajar menjadi popular sekelip mata.
Pada Selasa lalu, pelakon pemenang Oscar itu berkongsi sekeping gambar kad pelajar Lauren di laman Twitternya selepas terjumpa kad tersebut di sebuah taman rekreasi.
“Lauren! Saya jumpa kad pelajar anda di taman. Jika anda masih memerlukannya, pejabat saya akan menghubungi anda. Hanx,” tulis Hanks bersama gambar tersebut.

Lauren! I found your Student ID in the park. If you still need it my office will get to you. Hanx. pic.twitter.com/Ee9kK4V4qf

— Tom Hanks (@tomhanks) October 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang wartawan CBS2, Alice Gainer kemudian bertemu Lauren yang merupakan seorang pelajar senior di Universiti Fordham.
Menurut Lauren, dia tidak mengetahui sebarang berkenaan tweet Hanks sehingga salah seorang pensyarah Fordam memberitahunya.
"Saya tidak mempunyai Twitter, tetapi salah seorang pensyarah saya memberitahu perkara ini menerusi e-mail. Beliau juga berkata, “Anda sudah menjadi popular,” kata Lauren seperti yang dipetik dari CBS New York.
Menurut Lauren, kad pelajarnya mungkin tercicir di Central Park pada Isnin ketika dia bersenam di situ.
Pelajar tersebut juga menyatakan hasratnya untuk bertemu Tom Hanks.
"Saya belum berkomunikasi dengan Tom Hanks secara peribadi, tetapi jika beliau mempunyai kad saya, saya ingin bertemu dengannya untuk mengambil kad pelajar saya," katanya.
#ID #Lauren #Tom Hanks #Tweet