awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEFA Euro 2020: Astro tawar kesemua 51 perlawanan langsung dalam 4K UHD

Isabelle Leong
Isabelle Leong
01/04/2021
13:22 MYT
UEFA Euro 2020: Astro tawar kesemua 51 perlawanan langsung dalam 4K UHD
Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad (tengah) berkata pelanggan Pek Sukan akan mendapat akses percuma dan pek berkenaan juga akan dinaik taraf ke Ultra Box tanpa sebarang bayaran.
SUBANG JAYA: Selepas ditangguhkan selama setahun, kejohanan bola sepak UEFA Euro 2020 bakal membuka tirai secara rasminya pada Jun ini.
Astro selaku penyiar rasmi temasya bola sepak tersebut akan membawakan kesemua 51 perlawanan secara langsung dalam 4K Ultra High-Definition (UHD) menerusi saluran 871 dan 872.
Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata pelanggan Pek Sukan akan mendapat akses percuma dan pek berkenaan juga akan dinaik taraf ke Ultra Box.
Azlin berkata Astro juga akan menganjurkan aktiviti menonton bersama pelanggan di restoran dan rangkaian hotel yang merupakan rakan-rakan perniagaannya bagi menggalakkan tontonan secara sah.
"Kami ingin memastikan bahawa kami menyokong inisiatif di luar. Ia bukan hanya mengenai industri makanan dan minuman dan permainan bola sepak yang cuba menarik pelanggan. Ini juga bagi memastikan bagaimana kami dapat menolong mereka meringankan beban pemasaran.
"Jadi kami bercakap mengenai cagaran pemasaran yang kami sediakan seperti menyediakan papan tanda dan lampu supaya kami betul-betul membantu perniagaan itu. Usaha ini bagi memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan siaran UEFA Euro 2020 di sini.
"Oleh itu, kami sangat komited untuk memastikan bahawa mesej itu tersebar dan usaha kami dalam menyokong industri makanan dan minuman serta sektor swasta dan perhotelan," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen bola sepak berkenaan di Sunway Pyramid pada Khamis.
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee dan Pengarah NJOI dan OTT, Mazhairul Jamaludin.
Sementara itu, Choong Kay berkata selain perlawanan langsung, Astro juga akan membawakan pelbagai kandungan sampingan sempena kejohanan bola sepak itu.
"Dengan pandemik yang berlaku sekarang, tentunya, kami melakukan segala-galanya secara maya.
"Disebabkan wabak ini, kami mendapat akses yang lebih mudah kepada pakar hebat yang sangat bernas yang dapat menyokong program untuk sepanjang musim UEFA Euro ini.
"Oleh itu, bukan sahaja perlawanan secara langsung, kami juga menawarkan segalanya buat anda. Kami mempunyai analisis, sorotan, kami mempunyai segalanya," katanya.
Euro 2020 akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Jun ini dengan perlawanan pembukaan antara Turki dan Itali pada jam 3 pagi waktu Malaysia.
Topic Berkaitan
#Astro
#UEFA Euro 2020
#4K UHD
#Pek Sukan
#Ultra Box
#Azlin Arshad
#Pengarah Komersial Astro
#Lee Choong Kay
#bola sepak
#Mazhairul Jamaludin
#Pengarah NJOI dan OTT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan