SEPANJANG minggu lalu, bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, CTRA Production sekali lagi membawa kepada khalayak sebuah naskah yang boleh diistilahkan sebagai karya agung, iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, karangan Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka.
CTRA Production yang diterajui oleh Siti Rohayah Atan sebelum ini pernah mementaskan naskah-naskah yang berjiwa besar antaranya Muzikal Ibu Zain, Muzikal Tun Mahathir, Nyonya, Lantai T. Pinkie dan Di Bawah Lindungan Ka’abah.
Jika diimbas kembali, Siti Rohayah Atan lebih menjurus pada pementasan yang berkonsepkan period atau khususnya zaman 1930-an hingga 1960-an; kisah politik dan menjulang ke-feminin-an.
Dari aspek spektakular, tidak dinafikan bahawa mementaskan naskah yang berlatarkan zaman demikian agak mencabar dan penuh dengan nilai estetika seperti kostum (terutamanya), prop dan set.
Mungkin pada pendapat Siti Rohayah Atan, wanita Melayu pada zaman itu kelihatan begitu seksi kerana ketika itulah tempoh matang bangsa Melayu yang menerima pendidikan Inggeris yang mula bercucuk tanam di Tanah Melayu seawal kurun ke-20.
Lantas pemakaian dan cara hidup Melayu ketika itu cenderung kepada pengaruh Inggeris dan moden. Wanita Melayu ketika itu dilihat seksi pada intelektualnya.
Atau, kita ambil dari sudut lain: itulah zaman pemerkosaan Inggeris yang menghancurkan nilai autentik wanita Melayu. Tetapi, pada masa yang sama, ketika itu seluruh pelusuk Nusantara bangkit menentang penjajahan dan ingin merdeka.
Kaum wanita juga tidak terkecuali.
Belanda dapat tanah
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dikarang oleh Hamka pada penghujung tahun 1930-an dan latar novel ini bukanlah berlaku di Semenanjung Tanah Melayu, sebaliknya ia terjadi di wilayah Minangkabau dan pulau Jawa, di mana ketika itu kepulauan ini ditakluk oleh Belanda.
Hamka mengambil latar peristiwa karamnya kapal mewah dengan nama yang sama, di lautan Jawa pada tahun 1936. Tidak mustahil jika dikatakan bahawa James Cameron mendapat ilham menulis filem Titanic setelah membaca novel Hamka ini; walaupun ada yang menuduh Hamka menceduk idea ini dari novel Perancis.
Berbalik kepada naskah Hamka, siapakah van der Wijck ini?
Van Der Wijck ialah seorang Belanda yang lahir dan membesar di Indonesia. Nama penuhnya ialah Carel Herman Aart van der Wijck, seorang Gabenor Jeneral Syarikat Hindia-Belanda. Sebagai mengenang jasanya, namanya diabadikan pada sebuah kapal mewah pada tahun 1921.
Jelas di sini, van der Wijck ialah seorang Belanda.
Sejak penghujung kurun ke-19, api semangat menentang Belanda sudah mula menyala di kalangan penduduk Indonesia. Belanda bukan sahaja menjajah dan menjarah hasil bumi; seperti Inggeris, Belanda berjaya mencipta sebuah bangsa Nusantara moden yang berasaskan material dan darjat.
Nama dan perlambangan
Di dalam novel ini, watak Zainuddin ialah anak kepada Pendekar Sutan, Melayu Minangkabau yang membawa diri ke Makasar lalu berkahwin dengan gadis Bugis bernama Daeng Habibah.
Di sini, Hamka menekankan bahawa rumpun manusia itu wajar bersatu tidak kira apa saja suku kaum. Pendekar Sutan adalah lambang kepada insan, manakala Daeng Habibah pula lambang kepada cinta. Apabila dua peribadi ini bersatu, maka hasilnya ialah ‘perhiasan agama’ atau Zainuddin.
Pun begitu, perhiasan agama tidak bermakna apa-apa jika tidak bersatu pula dengan Hidup (hakikat) yang dilambangkan pada watak Hayati. Nah, inilah yang sepatutnya ada pada setiap individu manusia.
Kebetulan, saat Hamka menulis novel ini, dilihatnya kepincangan masyarakatnya yakni Minang yang membeza-bezakan suku dan darjat serta Hamka tidak bersetuju sama sekali dengan konsep ‘kahwin paksa’; maka itu dijadikan plot demi men-drama-kan lagi novelnya.
Apabila hakikat Hidup yang tulen itu dijadikan oleh manusia sebagai ‘hidup’ yakni sekadar mengambil lapis atasnya sahaja – yang digambarkan Hamka perkahwinan Hayati dengan Aziz, maka manusia itu bisa pincang.
Aziz bermaksud ‘perkasa’ dan perkasa di sini digambarkan wataknya dengan darjat, kuasa, wang, kemewahan dengan cara hidup Belanda; bukanlah gambaran Maha Perkasa.
Kemudian, Hamka menjelaskan lagi apabila ruang kemaafan ditutupi dengan tembok dendam, akhirnya hakikat Hidup itu akan lenyap dan tenggelam bersama materialistik.
Kesimpulannya, Hamka menyeru agar kita (manusia) menjadi pemaaf dan bersatu menuju hakikat Hidup lalu menentang penjajahan material (duniawi) dan hidup merdeka bagai orang bercinta.
Ini yang dimaksudkan oleh Hamka: “Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup; Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja.”
Dalam konteks ketika novel ini terhasil, ia ditafsirkan sebagai seru agar Melayu bersatu menentang Belanda dan sistemnya yang telah berjaya meracuni tatakrama Melayu.
Intipati Hamka ini sayangnya tidak diangkat ke dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi dan diarahkan oleh saudara Azhar Zainal.
Beza pentas dan layar
Seperti yang disebutkan tadi, CTRA Production gemar akan konsep period. Citra-citra yang diletakkan di atas pentas Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini sebolehnya memaksa penonton menyebut, “Wow!”.
Tetapi, kesilapan paling nyata oleh saudara Azhar Zainal ialah cuba meng-filem-kan pentas. Maksudnya di sini, saudara Azhar tidak berpijak pada realiti pentas. Saudara Azhar menganggap dirinya sedang mengarah filem.
Ini jelas dengan kemunculan babak-babak yang tidak penting lagi singkat, tetapi masa terbuang dengan proses memasukkan set yang gah. Dengan kata lain, saudara Azhar tidak menghargai pereka set dan tukangnya.
Menghasilkan set yang cantik dan gah bukan kerja mudah. Tetapi jika hanya dipertontonkan tidak sampai 5 minit, secara peribadi bagi saya itu sangat membuang masa dan menghina.
Saudara Azhar perlu bijak memadatkan babak agar tidak membazir. Di situlah kepentingan intipati naskah tersebut perlu dihadam sebaik mungkin.
Apabila sudah bosan dengan babak yang menampilkan set yang gah tetapi sekejap itu, penonton mula mencari kesilapan lain.
Nah, baju K-Pop! Baju Aziz (Karl Shafek) dan Zainuddin (Amar Baharin) yang tidak kena pada zaman serta baju orang-orang kampung (petani) yang ketara berbaju kurung hari raya, berkain batik Kelantan dan Jawa. Jawa, Kelantan dan Minang adalah tiga unsur yang sangat bercanggah.
Aspek teknikal yang lain seperti penggunaan projeksi imej-imej 3 dimensi sebagai tirai latar boleh(lah) dikagumkan. Pastinya detik tenggelamnya kapal adalah babak yang ditunggu-tunggu penonton. Namun, ternyata ia mengundang hampa. Seperti yang dikatakan, pentas bukanlah layar.
Pada hemat saya secara peribadi, saudara Azhar tidak perlu terlalu mengejar dramatik filem Titanic atau filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk!
Namun, syabas diucapkan kepada Dato’ Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya atas resipi meletakkan pelakon berwajah ‘jambu’ di atas pentas demi meraih keuntungan, walaupun pelakon tersebut tidak pernah berlakon pentas — apalagi mempunyai pesona pentas.
Jika resipi ini diteruskan, pelakon-pelakon pentas sedia ada terpaksa menjadi pelayan atau nelayan; dan wadah teater yang sudah dikesani kerosakannya, menjadi semakin punah gara-gara sesuatu itu diletakkan pada tempat yang salah.
Oh, ya! Siti Rohayah Atan tidak berminatkah pentaskan Muzikal Shamsiah Fakeh?
Untuk kesinambungan tradisi Minangkabau, jangan lupa malam ini persembahan caklempong anjuran Pusat Seni Tradisional ASWARA (PuTRA): Garitik Gereteh di Dewan Orkestra ASWARA, jam 8.30 malam. Masuk adalah PERCUMA.
Daily Seni
Wed Oct 21 2015
Wadah teater yang sudah dikesani kerosakannya, menjadi semakin punah gara-gara sesuatu itu diletakkan pada tempat yang salah. - Gambar DailySeni
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belia menongkah cabaran pasca pandemik COVID-19
Ketika ini, pengaruh kapitalisme yang menjadi asas ekonomi global menjadikan segalanya perlu didasarkan dengan materialisme.
KLWBC 2020: Budiman dan buku sebagai teras survival masyarakat
Budiman aktif dalam politik tetapi sekaligus pecinta buku dan memahami dunia perbukuan sebagai aktivis dan operator korporat.
Ulasan teater: Kapal Van Der Wijck tenggelam dalam kecetekan
Ulasan pementasan teater "Tenggelamnya Kapal van Der Wjick' yang sedang dipentaskan di Istana Budaya.