Laman sosial kini heboh mengenai berita penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy Anam sudah memeluk Agama Islam.

Berita itu disampaikan menerusi sebuah posting di akaun Instagram milik @normancastrosantos yang memuatnaik gambar Stacy lengkap bertudung.

Malah kekasih kepada penyanyi Akim Ahmad itu dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya.

Foto tersebut dimuatnaik beserta kapsyen yang berbunyi:

“#Repost #instarepost #BreakingNews... POST: ~ ASSALAMUALAIKUM ... SAUDARI Mualaf Baru ... #STACY Baru Sahaja Memeluk ISLAM ... Alhamdulillah ....Stacy baru sahaja Selamat diislamkan sebentar td didepan kami pegawai jb...dtg diiringi ibu bapa akim n mak die...nama islamnya #UmmuSyaikhahStacyAbdullah... #Repost #StacyAkim #InstaPost #GoodDay #Potd #instaphoto #Respect.” tulisnya.

Bagaimanapun, difahamkan Stacy akan mengadakan sebuah sidang media mengenai isu tersebut pada petang ini.

Stacy bersama pihak pengurusannya akan tampil dan memberi penjelasan mengenai perkara ini dan Astro Gempak berharap semua peminat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita tersebut.

Apa yang akan dikupas oleh Stacy dalam sidang medianya ini nantikan berita selanjutnya.