HIBURAN
Uqasha, Kamal Adli bakal bercerai?
Rumah tangga Uqasha dan Kamal Adli dikatakan mula bergelora sejak April, namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga. - Gambar fail Gempak
KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, akhirnya terjawab apabila pelakon wanita itu dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Memetik laporan portal Utusan Malaysia, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama.
Menurut sumber terdekat, rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan mula bergelora sejak April, namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.
Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap bersama ibunya.
Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangganya.
Namun ketika ditemui di program MeleTOP malam tadi, Uqasha memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Setakat ini, pihak Kamal Adli belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai tersebut.