HIBURAN

Uqasha Senrose, Kamal Adli sah cerai talak satu

Gempak 12/01/2026 | 05:59 MYT
Ahmad Kamal Adli, 39, melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha pada pukul 12.56 tengah hari di hadapan Hakim Siti Noraini Mohd Ali. -Foto Gempak
RUMAH tangga pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.


Ringkasan AI
  • Pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
  • Kamal melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha setelah permohonan cerai yang difailkan Uqasha diluluskan.
  • Perceraian berlaku selepas pertikaian yang melibatkan prosiding hakam islah dan gagal mencapai persetujuan, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dan memiliki seorang anak perempuan berusia 19 bulan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Adli, 39, melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha pada pukul 12.56 tengah hari di hadapan Hakim Siti Noraini Mohd Ali.

Perceraian itu berlaku selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding hari ini, Kamal dan Uqasha hadir bagi menjalani prosiding hakam islah susulan wujud pertikaian apabila Kamal sebelum ini enggan menceraikan isterinya selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai persetujuan.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan. -Gempak





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab utama rumah tangga pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli berakhir?
    A: Pasangan itu bercerai talak satu selepas Kamal melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
  • Q: Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, mengapa mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Uqasha?
    A: Mahkamah membenarkan permohonan cerai Uqasha mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
  • Q: Mengapakah terdapat pertikaian yang menyebabkan Kamal sebelum ini enggan menceraikan Uqasha?
    A: Wujud pertikaian yang mengakibatkan Kamal enggan menceraikan Uqasha selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai persetujuan.
  • Q: Bilakah Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal?
    A: Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
  • Q: Berapakah umur cahaya mata perempuan yang dikurniakan kepada pasangan itu?
    A: Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.



#Kamal Adli #Uqasha Senrose #cerai talak satu #Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur