awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usia cecah 80 tahun, Amitabh Bachchan selamba buat adegan aksi sendiri

Gempak
Gempak
30/03/2022
02:20 MYT
Usia cecah 80 tahun, Amitabh Bachchan selamba buat adegan aksi sendiri
Amitabh mengejutkan kru penggambaran sebuah iklan komersial apabila menolak menggunakan 'stuntmen' dan melakonkan sendiri babak aksi. -Gempak
PESOHOR dunia Bollywood, Amitabh Bachchan membuktikan cinta terhadap bidang seni tidak pernah surut biar usia mencecah 80 tahun pada Oktober ini apabila masih mahu melakukan adegan stunt sendiri.
Beliau mengejutkan kru penggambaran sebuah iklan komersial apabila menolak untuk menggunakan stuntmen yang telah disediakan produksi untuk babak aksi.
Namun, Amitabh memberitahu pengarah, Amit Sharma, beliau akan melakukan adegan aksi tersebut sendiri tanpa menggunakan khidmat orang lain atau stuntmen.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Aksi, Manohar Verma kepada ETimes.
“Kami telah menyediakan stuntmen untuk babak aksi memecahkan cermin, namun beliau mahu melakukannya sendiri.
“Tentulah pihak kami mengambil banyak langkah berjaga-jaga juga kerana beliau benar-benar mahu melakukannya sendiri.
“Tindakan Tuan Bachchan membuatkan betapa profesionalnya beliau dalam pekerjaan dan menjadikan simbolik usia 80 tahun hanyalah angka,” ujarnya seperti dilaporkan Hindustan Times.
Bachchan malah ikut berkongsikan sedutan dari aksinya memecahkan cermin dalam kemas kini terbaharu di Instagramnya.
“Selepas 53 tahun dan berusia 80 tahun, ada perkara yang tidak pernah berubah. Aksi,” tulisnya.
Untuk rekod, beliau akan muncul dengan sebuah naskhah milik Ajay Devgn selepas filem Jhund lakonannya dirilis pada awal Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Bollywood
#Amitabh Bachchan
#Amit Sharma
#lakukan aksi lagak ngeri sendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan