Uyaina, Raja Syahiran bakal timang cahaya mata

Astro Awani
April 2, 2022 11:14 MYT
Ramadan beri kemanisan buat mereka yang bukan sahaja menyambutnya kali pertama sebagai suami isteri tetapi juga sebagai bakal ibu bapa. - Instagram/ uyainaarshad
PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad, 30, serta suami yang juga penyanyi, Raja Syahiran, 29, mengesahkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menerusi kemas kini di Instagram, pasangan itu menyifatkan Ramadan tahun ini yang bakal bermula esok, memberi seribu kemanisan kerana bukan sahaja mereka menyambutnya kali pertama sebagai suami isteri tetapi juga sebagai bakal ibu bapa.
"Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina dan baby sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti.
"Semoga segala urusan dipermudahkan, dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin," kata mereka.
Uyaina dan Raja Syahiran melangsungkan pernikahan pada 20 Disember tahun lalu.
#Uyaina Arshad #Raja Syahiran #hamil #Ramadan