[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Video intim libatkan pelakon lelaki adalah palsu

Asyraf Roslan 26/02/2020 | 15:38 MYT
Pelakon lelaki itu dikaitkan dengan video tersebut berdasarkan ciri-ciri tertentu pada badannya. - Gambar fail
Belum reda dengan masalah politik negara, warga maya dikejutkan pula dengan penularan video intim yang dikhabarkan milik dua pelakon lelaki.
Namun, video yang mula tular di media sosial sebenarnya bukanlah milik pelakon yang dimaksudkan.
Video yang berdurasi 12 saat itu sebenarnya telah disunting bagi mengelirukan warga maya yang mungkin sempat menyaksikan video tersebut.
BACA: Video aksi intim melibatkan seorang pelakon lelaki tular
Terdahulu, pelakon lelaki itu dikaitkan dengan video tersebut kerana terdapat ciri-ciri tertentu yang ada pada badannya.
Selepas menyedari video tersebut tular, pelakon lelaki berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, pada Rabu.
Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan daripada pelakon berkenaan.
#Balai Polis Kelana Jaya #pelakon lelaki #Polis Daerah Petaling Jaya #video intim